Tuesday 8 May 2012

Bersedia Jadi Guru PJK???

Berburu ke tanah datar,
dapat rusa berbelang kaki,
berguru kepalang ajar , 
ibarat bunga kembang tak jadi.


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, buat warga pendidik PJK samada yang sedang belajar di UPSI (DPLI-GSTT) , sedang mengajar mahu pun sudah tamat mengajar.

Puisi di atas mempunyai kaitan rapat dengan profesion seorang pendidik. Puisi tersebut adalah petikan dari sebuah sajak yang bertajuk "Guru Oh Guru" hasil nukilan saterwan agung negara Usman Awang. Jika diselusuri satu persatu bait puisi tersebut, dapat diliht bahawa penulis begitu menyanjung tinggi seseorang yang bernama "Guru".

Dewasa ini, bilangan guru pelatih semakin ramai dengan berbagai jenis ambilan samada sepenuh masa atau pun kursus dalam cuti. Bagi yang sepenuh masa terdapat pelbagai program sama untuk yang berusia  diploma Pendidikan (DPLI) dan Kursus Pendidikan (KPLI) atau yang masih muda bergaya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Bersediakah anda untuk menjadi guru? Pernah saya terdengar akan suatu kata- kata bahawa jika seorang doktor tersalah memberi ubat kepada seorang pesakit, maka ia akan membunuh satu nyawa tetapi jika seorang guru salah dalam mendidik, ia akan membunuh satu generasi. disini dapat dilihat betapa besarnya tanggungjawab bagi seorang guru. Lantas dari itu, ikhlaskan hati dan lapangkan diri dalam menyiapkan diri kita semua dalam mendidik kerana kita adalah Pembina Nusa Dan Bangsa.

Perkongsian Bersama..

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment