Sunday 20 May 2012

Bola Baling

Sejarah Permainan Bola Baling

         Permainan seakan-akan bola baling sudah ada sejak dahulu lagi seperti permainan Urania di zaman Greek kuno, Harpaston di zaman Rom, Fangballspiel pada abad pertengahan di Jerman dan sebagainya. Terdapat juga rekod tentang permainan seperti bola baling ini dalam abad pertengahan di Perancis dan juga di Inuit, Greenland pada zaman pertengahan lagi. Pada sekitar abad ke-19 pula, terdapat permainan yang agak serupa dengan bola baling dimainkan, iaitu Haandbold di Denmark, Hazena atau Czeska Hasenka di Bohemia dan Slovakia, serta Gandbol di Ukraine.

Permainan bola baling yang ada sekarang dibentuk pada akhir abad ke-19 di Eropah Utara, iaitu di Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. R.N. Ernst telah membuat satu peraturan baru bola baling pada tahun 1897. Dane Holger Nielsen juga membuat perkara yang sama pada tahun 1898 (tetapi hanya diperkenalkan pada tahun 1906). Satu lagi peraturan bola baling telah dibuat pada 29 Oktober 1917 oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh dari Jerman. Selepas tahun 1919, peraturan tersebut dipertingkatkan oleh Karl Schelenz. Pada tahun 1925 pula, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama telah diadakan menggunakan peraturan baru tersebut. Pertandingan yang dimaksudkan adalah di antara Jerman dan Belgium pada tahun 1925 dan seterusnya pertandingan bola baling wanita, iaitu di antara Jerman dan Austria pada tahun 1930. 

            Di Jerman, ia dikenali sebagai Raffbold pada mulanya. Tetapi, semasa Perang Dunia Kedua, permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Permainan ini juga sama seperti versi permainan di Ireland dan Uruguay.
             
Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun yang sama, Kesatuan  Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938, sekali lagi Jerman telah menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia yang disertai oleh 10 buah Negara. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang dalam satu pasukan. Kejohanan Bola Baling Sedunia sekali lagi diadakan pada tahun 1956 oleh IHF. Di dalam kejohanan tersebut, Sweden telah menjadi juara.

Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. IHF juga telah mengadakan Kejohanan Wanita Dunia semenjak tahun 1957, dan Kejohanan Wanita dan Lelaki Remaja Dunia selepas itu. Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland merupakan pasukan yang hebat ketika itu. Manakala di Asia pula, Jepun, China dan Korea adalah di antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelakinya telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF.

Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung. Ibu pejabat kesatuan ini berada di Kuwait. Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada tahun 1976. Dan pada bulan Disember 2006, laporan IHF menyatakan bahawa ia sudah mempunyai 159 keahlian yang terdiri daripada 1,130,000 kumpulan yang berjumlah 31 juta orang termasuk pemain, jurulatih, pegawai dan pengadil.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Bola
·         Sesetengah versi bola baling Amerika menggunakan bola yang digunakan dalam permainan bola tampar.

·         Bersaiz lebih kecil berbanding bola sepak bagi memudahkan pemain memegang dan mengawalnya dengan sebelah tangan (walaupun kedua-dua tangan dibenarkan).

Gelanggang
·         Berukuran 40 m panjang x 20 m lebar.
·         Terdapat garisan pembahagi di tengah gelanggang dan satu gol di tengah salah satu penghujung.
·         Gol dikelilingi garisan separa bulatan yang jarak umumnya berukuran 6 m dari gol.
·         Satu lagi garisan separa bulatan pula adalah pada jarak 9 m dari gol.

Pengadil
·         Ketua pengadil.
·         Pembantu pengadil.
·         Setiap pengadil akan menjaga kawasan masing-masing.


Pemain
·         Dua pasukan berlawan dalam satu sama.
·         Terdiri daripada 6 orang pemain dalam satu pasukan termasuk 1 penjaga gol.
·         Pertukaran pemain boleh dilakukan secara bebas.


Tempoh Permainan
·         Tempoh permainan bola baling ialah selama 30 minit dalam dua sesi.
·         10 minit masa tambahan diberikan jika kedudukan seri.
·         5 minit lagi akan diberikan sekiranya kedudukan pungutan gol masih sama.
·         Jika kedudukan masih seri selepas masa tambahan, pemenang akan ditentukan dengan setiap pasukan akan diberikan 5 balingan bagi setiap pemain kecuali penjaga gol. Balinga dilakukan pada jarak 7 meter dari gol. 

Formasi Permainan
·         Formasi yang sering digunakan:
o   Formasi            6-0 (Formasi yang digunakan oleh pasukan Scandinavian dari Eropah)
o   Formasi            5-1
o   Formasi            4-2
o   Formasi 3-3 (Formasi yang digunakan oleh pasukan HC Motor Zaporyshe dari Ukraine. Ia juga sering digunakan oleh pasukan dari Eropah Timur.

Cara Permainan
·         Pemain mesti menggunakan tangan untuk membaling bola.
·         Pemain tidak boleh memegang bola lebih daripada 3 saat.
·         Bola dibaling dari luar kawasan D (kawasan gol) dan pemain tidak dibenarkan masuk ke kawasan D.
·         Para pemain berada di garisan tengah gelanggang sebelum permainan dimulakan.
·         Pergerakan dribble dilakukan dengan sebelah tangan, tetapi apabila kedua-dua tangan memegang bola selepas membuat dribble, maka pemain lain pula akan membuat dribble seterusnya. Satu balingan percuma akan diberikan kepada pemain yang membuat satu double dribble.
·         Pemain akan kehilangan bola sekiranya melangkah lebih dari tiga langkah tanpa melakukan dribble atau selepas memberhentikan dribble mereka. Pemain akan mengambil tiga langkah dan bola mesti dipukul ke bawah seperti dalam permainan bola keranjang.
·         Selepas kehilangan bola semasa menyerang, bola perlu diletakkan ke bawah.
·         Cubaan untuk menjaringkan gol pula perlu dilakukan di luar kawasan D. Hanya penjaga gol dibenarkan berada di kawasan D.
·         Selepas jaringan berjaya dibuat, para pemain bergerak ke garisan tengah gelanggang semula dan perlu berdiri sambil dapat mengawal bola, pengadil akan meniup wisel sebagai tanda permainan diteruskan.
·         Sekiranya pemenang tidak dapat ditentukan pada 10 jaringan pertama, pasukan akan diberikan balingan penalti sehingga terdapat pasukan yang gagal menjaringkannya. Pasukan yang memperoleh jaringan penalti yang terbanyak dikira sebagai pemenang.
·         Balingan penalti mesti dibuat pada kawasan perimeter yang ke-7 selepas wisel dibunyikan. Balingan penalti tu juga diberikan jika di dalam kawasan D, pemain pertahanan menghalang pergerakan pemain lawan yang ingin membuat jaringan.
·         Penalti akan diberikan kepada pemain jika terdapat perlakuan kasar di antara mereka. Pengadil mungkin memberikan balingan 9 meter percuma kepada pasukan yang menyerang, atau jika or if the infraction was during a clear scoring opportunity, balingan penalti pada jarak 7 meter dari gol diberikan. Dalam kes yang lebih ekstrem, pemain tersebut akan diberikan kad kuning (tanda amaran), 2 minit penalti, atau kad merah (disingkir dari permainan). Terdapat juga pemain yang terus diberikan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain lain tanpa diberikan amaran (kad kuning).
·         Jika pemain mencela atau memprotes keputusan pengadil, sama ada menyentuh dengan tujuan menolak atau dengan bahasa kasar, atau sekiranya pemain menendang atau memukul pemain lawan, pengadil boleh mengarahkannya keluar dari gelanggang.

Bola Sepak

Sejarah Bola Sepak

          Bola sepak merupakan permainan berpasukan yang digemari pelbagai lapisan masyarakat mahupun status sosial. Permainan bola sepak moden telah diasaskan oleh Charles Wrefrod Brown pada tahun 1863 di Freemasons Travern, London. Untuk mencipta satu nama baru bagi permainan bola sepak, beliau telah menggunakan kata “socc” daripada singkatan perkataan “association” (bermaksud ‘persatuan’ di dalam Bahasa Melayu) yang kemudian ditambah ‘er’ pada hujungnya menjadi ‘soccer’.       

Terdapat empat negara iaitu China, Jepun, Rom Kuno dan Greek mengaku sebagai tempat bermulanya permainan ini. Tetapi banyak bukti menunjukkan bahawa bola sepak sebenarnya berasal dari China, iaitu pada zaman Dinasti Han sekitar abad yang ke-2. Ia dikukuhkan lagi dengan lakaran-lakaran atau lukisan-lukisan yang dihasilkan orang China yang menunjukkan bahawa permainan ini pernah dimainkan di China tetapi dalam suasana dan matlamat yang berbeza. Selain itu, permainan bola sepak juga telah dipraktikkan di dalam latihan fizikal ketenteraan China yang dipanggil ‘Tsu Chu’ (menendang bola). Dalam latihan ini, peserta perlu menjaringkan bola yang berisi bulu burung ke dalam jaring yang berukuran 40 cm dengan mengunakan kaki.

Walaupun banyak tempat di seluruh dunia mempunyai sumbangan mereka sendiri, versi bola sepak moden kemungkinannya datang dari Great Britain. Di England, bola sepak dikatakan lahir sekitar tahun 800 and terus berkembang. Walaupun sukan bola sepak ini diminati ramai, tetapi kerajaan tidak menyukainya kerana penduduknya mengabaikan latihan perang kerana asyik bermain bola sepak. Sebab itulah banyak sumber menyebut bahawa King Edward III telah mengharamkan permainan bola sepak pada tahun 1300-an. Raja yang lain juga pernah cuba menghalang permainan tersebut, tetapi ramai penduduk tetap bermainnya sehingga mereka tidak peduli sama ada mereka dipenjara atau dihukum semata-mata bermain bola sepak.

Di Jepun, permainan yang seakan-akan bola sepak yang dikenali sebagai ‘Kemari” telah dimainkan pada abad pertama sehingga abad ke-17 di Kyoto. Dalam permainan ini, pemain perlu menghantar bola kepada pemain lain tanpa membiarkannya jatuh ke tanah. Keadaan ini adalah sama dengan ‘footbag’. Orang-orang Rom dan Greek pula mengaku bahawa mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi. Walau bagaimanapun, tidak ada pula catatan sejarah tentang bagaimana ia dimainkan ketika itu. Di Itali pula, satu permainan yang dipanggil ‘calico’ telah dimainkan semasa cuti. Setiap kumpulan akan berkumpul di sekitar Bandar Florence dan Venice untuk menyertai permainan yang melibatkan tendangan dan pengawalan bola. Setiap kumpulan perlu mempunyai 27 pemain yang memakai pakaian yang penuh dengan barangan perhiasan. Tetapi, adalah dipercayai bahawa perlawanan bola sepak yang pertama ialah di antara China dan Jepun. Li Ju yang merupakan penulis kepada catatan tersebut mencatatkan bahawa perlawanan bola sepak di antara China dan Jepun berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Catatan sejarah ini boleh diperolehi di salah sebuah muzium di Munich.

Bola sepak ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia dalam tahun 1800-an. Ia berkembang dari England ke seluruh dunia seperti satu wabak penyakit. Pada awal tahun 1900-an, FIFA dibentuk dan pada 1930-an sudah banyak negara mengadakan liga profesional. Tahun 1930 juga adalah tahun pertama piala dunia yang diatur oleh FIFA sebagai tanda rasmi bahawa ia adalah salah satu daripada acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk dunia.

Kini, permainan bola sepak dimainkan pada peringkat profesional dan amatur. Perlawanan bola sepak pada peringkat pemain profesional disaksikan oleh berbillion penonton di seluruh dunia, sama ada mereka menyaksikannya di stadium, menontonnya di televisyen ataupun menggunakan media elektronik yang lain. Menurut kajian yang diterbitkan dalam musim bunga 2001 oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) iaitu badan pentadbir bola sepak, lebih daripada 240 juta orang bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 buah negara di seluruh pelusuk dunia. Keadaan ini disebabkan peraturannya yang mudah dan hanya memerlukan peralatan sukan yang minimum. Antara pemain bola sepak terkenal dunia yang menjadi ikon bola sepak ialah seperti Maradona, David Beckham, Ronaldo, dan Ronaldinho. Manakala antara kelab-kelab bola sepak terkenal dunia ialah Manchester United, Real Madrid, Barcelona, dan Chealsea.

Sehubungan itu, perubahan zaman memperlihatkan permainan bola sepak yang ada pada hari ini mampu menjadi satu industri sukan yang maju dan memberi keuntungan kepada pemain, pasukan, organisasi dan negara. Selain ianya juga mampu memainkan peranan penting dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Peraturan dalam permainan ini tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain kecuali penjaga gol. Bagaimanapun, permainan ini mengalami sedikit perubahan iaitu pemain-pemainnya diletakkan dalam posisi yang spesifik. Ia termasuklah:-
·         Pemain Pertahanan
Pemain yang pakar dalam aspek pertahanan dan akan cuba menghalang pemain lawan daripada menjaringkan jaringan gol.

·         Pemain Tengah
Pemain yang memajukan serangan dan memberikan bola kepada bahagian serangan, serta menolong bahagian pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
·         Pemain Penyerang
Pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Susun atur para pemain di padang pula dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, nombor kedua menunjukkan bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan pemain penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1. Pendefinisian formasi dan taktik biasanya merupakan tugas seseorang jurulatih.

Posisi-posisi ini pula dibezakan oleh bahagian pemain seperti pemain pertahanan tengah dan pemain tengah kiri. Namun, para pemain tidak dikekang peraturan sukan dan boleh berubah posisi pada bila-bila masa. Penjaga gol juga boleh melibatkan diri dalam permainan berpasukan seperti pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Peraturan Rasmi Permainan Bola Sepak:
Peraturan 1         : Lapangan Permainan
Peraturan 2         : Bola yang digunakan
Peraturan 3         : Jumlah Pemain
Peraturan 4         : Peralatan Pemain
Peraturan 5         : Pengadil
Peraturan 6         : Pembantu Pengadil
Peraturan 7         : Tempoh permainan
Peraturan 8         : Memulai dan Memulai Kembali Permainan
Peraturan 9         : Bola Keluar dan Dalam Lapangan
Peraturan 10       : Cara Mendapatkan Angka
Peraturan 11       : Offside
Peraturan 12       : Pelanggaran
Peraturan 13       : Tendangan Bebas
Peraturan 14       : Tendangan penalti
Peraturan 15       : Lemparan Dalam
Peraturan 16       : Tendangan Gawang
Peraturan 17       : Tendangan Sudut

Taktik Permainan
Taktik yang biasa digunakan ialah 4-4-2,  4-3-2-1, 4-5-1, 3-4-3 dan 3-5-2. Taktik ini bergantung kepada keadaan permainan. Selain itu, intipati dalam taktik tersebut ialah taktik bertahan, menyerang atau normal.

Sistem Pengadil
·         Pengadil (mengadili permainan dan menjaga masa).
·         Pembantu pengadil 1 (penjaga garisan).
·         Pembantu Pengadil 2 (penjaga garisan).

Pasukan
·         Bilangan maksimum dalam setiap pasukan ialah 11 orang dan minimumnya seramai 9 orang, termasuk seorang penjaga gol. Penjaga gol dibenarkan mengambil bola dengan tangan atau lengannya dalam kotak penalti sahaja. Jaringan gol pula adalah hasil daripada hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol.
·         Para pemain lain pula menggunakan kedua-dua belah kaki untuk membuat hantaran bola tetapi dilarang memegang bola dengan tangan atau lengan mereka ketika masih dalam permainan, tetapi boleh menggunakan bahagian tubuh yang lain. Peraturan ini diabaikan sekiranya bola melepasi garisan padang dan ketika lemparan ke dalam padang dilakukan.
·         Beberapa pemain simpanan diperlukan untuk menggantikan pemain yang tidak dapat meneruskan permainan disebabkan kecederaan, keletihan, kurang efektif, perubahan taktik atau untuk membuang sedikit masa pada akhir sebuah perlawanan. Pemain yang sudah digantikan tidak boleh bermain dalam perlawanan semula. Pertukaran pemain ini hanya boleh dilakukan tidak lebih dari tiga kali.

Padang Bola Sepak
Padang rumput berbentuk segi empat merupakan padang yang biasanya digunakan. Lebarnya berukuran 24 Pada kedua sisi pendek, terdapat gawang sebesar 24 x 8 kaki atau 7,32 x 2,44 meter.

Tempoh Permainan
·         90 minit dalam dua babak permainan.
·         Setiap babak diselang dengan masa 15 minit atau 10 minit untuk sebagai masa rehat.
·         Kebanyakan permainan biasanya berakhir setelah masa sebenar tamat, iaitu apabila salah satu pasukan menjadi pemenang ataupun kedudukan seri.
·         Tetapi dalam permainan tertentu, jika keputusan perlawanan di antara dua pasukan itu seri sehingga masa sebenar tamat, maka masa perlawanan akan ditambah sebanyak 30 minit.
·         Jika masih sama, penalti akan dilakukan.
·         Sebelum ini, IFAB menggunakan sistem ‘sudden death’ tetapi kini, sistem itu tidak lagi digunakan.


sumber: http://www.scribd.com/doc/17432088/Sejarah-Bola-Sepak

Tuesday 15 May 2012

Bola Tampar

Sejarah Bola Tampar 

Pemain Wanita - Bola Tampar

Pada tahun 1995, usia bola tampar telah menjangkau 100 tahun. Sukan ini berasal dari Amerika Syarikat. William G. Morgan, seorang pengajar di remaja Men's Kristian Persatuan (YMCA) di Holyoke, telah memutuskan untuk mencampurkan elemen-elemen bola keranjang, besbol, tenis, dan bola baling bagi mewujudkan satu permainan untuk kelasnya.


         Beliau telah mencipta permainan Bola Tampar (pada masa itu dipanggil mintonette). Morgan mengunakan jaring daripada tenis, dan ketinggian ia 6 kaki 6 inci di atas lantai, betul-betul di atas kepala pekerja sederhana. Pada  7 Julai 1896 di Springfield Collage,  permainan "bola tampar" telah dimainkan. Dengan mengunakan sebiji bola yang khas telah direka untuk sukan bola tampar. YMCA merebak bola tampar ke Kanada, Timur, dan Hemisfera Selatan serta ke Cuba. 

Logo Pertandingan Bola Tampar


 Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat (USVBA, As yang sekarang Bola Tampar) telah dibentuk. Pada tahun 1930an Sukan-sukan rekreasi program-program menjadi sebahagian sukan yang penting daripada kehidupan Orang Amerika. Kejohanan Dunia bola tampar telah diadakan di Prague, Czechoslovakia. Pada tahun 1960an teknik-teknik baru dalam permainan ditambah bagi meningkatkan taraf permainan bola tampar, pancang lembut (dink), bersedia melalui (bengkak), pemblokan seberang jaring, dan defensif menyelam dan berguling. Persekutuan antarabangsa, Fédération Internationale de Bola Tampar (FIVB), telah ditubuhkan pada tahun 1947, dan Kejohanan-kejohanan mula diadakan pada tahun 1949 bagi lelaki dan 1952 untuk perempuan. Bola tampar telah dimasukan di antara acara permainan Sukan Olimpik dalam 1964. Bola tampar pantai menjadi satu variasi FIVB-endorsed dalam 1986 dan telah dimasukan bagi acara sukan Olimpik  paad tahun 1996 Musim Panas Sukan Olimpik

          Bola tampar telah disampaikan di Padang konvensyen Amerika sebagai satu daripada sukan paling popular pada masa itu. NCAA telah dipersilakan oleh YMCA untuk membantu dalam suntingan kaedah-kaedah dan dalam mempromosikan sukan. Bola tampar telah ditambah ke sekolah dan kolej pendidikan jasmani dan program-program dalaman.Permainan bola tampar dikira dengan mengunakan sistem 21 mata, kemudian ditukar menjadi 15 mata. YMCA yang pertama kalinya telah menganjur kejohanan bola tampar kebangsaan yang telah diadakan di Brooklyn, NY. Sebanyak 27 pasukan daripada 11 negeri-negeri telah menyertainya. 
Bola Tampar - Peserta Lelaki
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
1.    Tiap-tiap pasukan dikehendaki mendaftar 10 orang pemain yang mengandungi sekurang-kurangnya seorang pemain veteren. Seorang pemain daripada kumpulan sokongan dibenarkan didaftarkan.
2.    Semasa bermain, setiap pasukan mesti mengandungi sekuran-kurangnya seorang pemain veteran.
3.    Tiap-tiap pasukan dibenarkan meminta ‘time out’ sebanyak dua (2) kali dalam satu – satu set. time out’ ketiga akan diberi amaran dan ‘time out’ keempat akan diberi satu mata kepada pihak lawan.
4.    Pemain-pemain boleh ditukar bila-bila masa. 
5.    Permainan dijalankan sebanyak satu set dengan kiraan  30 mata.
6.    Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor.
7.    Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh ‘International Volley Ball Association’.


Bola Tampar

 sumber:http://www.scribd.com/doc/5991002/Bola-Tampar-

Badminton

Sejarah Badminton 

Bulu Tangkis
   Permainan badminton telah dicipta sejak sekian lama. Ia satu bentuk permainan yang dimainkan oleh orang Greek dan Mesik kuno. Istilah badminton datangnya dari permainan kanak-kanak yang dipanggil battledore dan shuttlecock, ia dimainkan dengan dua pemain akan memukul bulu tangkis dengan menggunakan raket yang kecil. Permainan bulu tangkis ini dikatakan berasal dari Greek kuno sejak 2000 tahun yang lalu. Ia menular ke India, kemudiannya ke timur China dan Siam (Thailand) melalui Indo-Greek Kingdom.
            Di India, permainan ini disebut ‘Poona’ (sempena nama sebuah tempat, iaitu Pune)  semasa abad ke-18. Pegawai Tentera British yang berada di Pune, India ketika itu bertindak membawa balik permainan itu ke England dan memperkenalkan kepada rakan-rakannya pada tahun 1860-an. Semasa di India, para pegawai tentera British memainkan permainan itu dengan menambah jaring di bahagian tengah gelanggang. Permainan ini sebenarnya telah dimainkan di lorong jalan sekitar London pada tahun 1854 apabila majalah Punch menerbitkan lukisan kartun yang menggambarkan permainan tersebut. Tetapi, ia menjadi satu sukan baru apabila dilancarkan oleh pemerintah Duke Beaufort pada tahun 1873 di Gloucestershire. Ketika itu, askar-askarnya memanggilnya sebagai ‘Badminton House’, manakala penduduknya pula memanggil dengan nama ‘The Badminton Game’. Kemudian, nama tersebut bertukar kepada ‘Badminton’ yang juga merupakan nama rasminya.

            Pada tahun 1877, Kelab Badminton Bath iaitu kelab badminton yang pertama di dunia ditubuhkan, telah menulis peraturan pertama permainan badminton. Bagaimanapun, Persatuan Badminton England yang telah ditubuhkan pada tahun 1893 telah mengambil alih autoriti Kelab Badminton Bath untuk membuat peraturan yang agak sama seperti sekarang. Ia juga telah merasmikan permainan badminton di sebuah rumah yang dikenali dengan nama ‘Dunbar’ yang terletak di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga telah memulakan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England yang merupakan kejohanan badminton pertama di dunia pada tahun 1899.
            Permainan badminton dengan cepatnya tersebar dari England Ke Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand, serta negara-negara Eropah yang lain. Walaupun lelaki merupakan pemain pertama yang memainkannya, namun ia juga telah menarik minat wanita. Justeru, setahun selepas Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England diadakan, perintis kejohanan badminton bagi wanita mula diatur. Tetapi ia dianggap sebabai tidak rasmi dan hanya pada tahun 1904 pertandingan Seluruh England itu telah bercirikan pertandingan rasmi. Perkembangan populariti badminton di Kepulauan British terbukti dengan penubuhan 300 kelab badminton di England pada tahun 1920, kira-kira 500 buah kelab pada tahun 1930, dan lebih 9,000 buah kelab badminton selepas Perang Dunia Kedua.
Persatuan Badminton Antarabangsa  pula telah ditubuhkan pada tahun 1934 dengan keahlian bebrapa buah negara seperti Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales. Negara India pula menyertai persatuan tersebut pada tahun 1936. Keahliannya semakin meningkat tahun demi tahun dan menjadi satu-satunya badan antarabangsa sukan badminton pada tahun 1981.

Pada bulan Mac 1939, IBF mula mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa. Presidennya, Sir George A. Thomas, Baronet, telah menawarkan trofi bagi kumpulan yang akan memenangi pertandingan tersebut. Keadaan semasa perang dan selepas perang telah menyebabkan Piala Thomas yang pertama tertangguh akibat daripada kekurangan bulu tangkis sehinggalah kejohanan musim 1948/1949.

            Idea pertandingan badminton wanita yang seiring dengan Piala Thomas telah bermula pada tahun 1950. Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana masalah kewangan. Perkara tersebut terus dibincangkan dan akhirnya keputusan dicapai untuk mengadakan kejohanan badminton tiga tahun sekali. Mrs. H. S Uber di England telah mendermakan trofi bagi kejohanan tersebut yang dikenali sebagai Piala Uber (kejohanan wanita). Kejohanan Piala Uber yang pertama telah diadakan pada musim 1956/1957. Sejak itu, bilangan kejohanan badminton telah meningkat daripada dua kepada tujuh kejohanan, dengan tambahan Kejohanan Dunia, Piala Sudirman (piala campuran), Kejohanan Remaja Dunia, Pertandingan Akhir Grand Prix Dunia dan juga Piala Dunia. Pada tahun 1992, badminton mula disenaraikan di dalam Sukan Olimpik di Barcelona, Sepanyol.


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Gelanggang badminton


Gelanggang
·         Gelanggang indoor atau outdoor.
·         Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18 m) lebar untuk permainan yang melibatkan dua pemain. Manakala, 44 kaki (13.41 m) panjang dan 20 kaki (6.10 m) lebar bagi permainan yang melibatkan empat pemain.
·         Jaring diletakkan tetap di tengah gelanggang, dengan ketinggian 5 kaki (1.52 m) dari tanah di bahagian tengahnya. Manakala, ketinggian hujung jaring berukuran 5 kaki 1 inci (1.55 m) semasa ia diikat pada tiang.


Pemain
·         Perseorangan lelaki
·         Perseorangan wanita
·         Bergu lelaki
·         Bergu wanita
·         Bergu campuran


Kasut Badminton

Peralatan
·         Jaring
·         Raket (ringan)
·         Bulu tangkis
     Kasut Badminton


Pengadil
·         Pengadil rasmi
·         Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)



Cara Permainan
·         Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa.
·         Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi jaring dengan raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut.
·         Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis, pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis dan pungutan mata.
·         Permainan dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapai mata ke-15. Manakala bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja.
·         Jika pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir permainan, maka permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur tie breaking yang dikenali sebagai setting yang merangkumi pelbagai peraturan yang berbeza di antara pertandingan yang melibatkan pemain lelaki dan wanita, serta ia bergantung kepada kedudukan pungutan mata yang seri.


Kemahiran Asas Badminton
  • Terdapat dua cara memegang raket:
    • Pegangan hadapan
    • Pegangan kilas

  • Pukulan Servis
    • Servis Rendah
      • Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
      • Ayun raket ke belakang.
      • Siku bengkok hampir ke badan.
      • Tangan kiri pegang bulu tangkis.
      • Lepaskan bulu tangkis.
      • Ayun raket pantas ke hadapan.
      • Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri.
      • Pandang ke sasaran.
      • Ikut lajak.

o   Servis Flik
§  Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri.
§  Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan.
o   Servis Tinggi
§  Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
§  Ayun raket tinggi ke belakang.
§  Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka.
§  Lepaskan bulu tangkis.
§  Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan.
§  Pandang bulu tangkis.
§  Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas.
§  Ikut lajak. 

·         Pukulan Hadapan
o   Pandang bulu tangkis.
o   Ayun raket ke belakang.
o   Sebelah tangan lagi diluruskan.
o   Ayun raket dengan tangan lurus.
o   Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tertinggi.
o   Ikut lajak.

·         Pukulan Lob
o   Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob.
o   Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.

·         Pukulan Kilas
o   Pandang bulu tangkis.
o   Kaki kanan menyilang ke kiri.
o   Kilas raket separas bahu.
o   Pukul bulu tangkis.
o   Ikut lajak. 

·         Pukulan Smesy
o   Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan. Caranya:
o   Pandang bulu tangkis.
o   Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
o   Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
o   Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
o   Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
o   Pukul bulu tangkis pantas.