Sejarah Badminton
|  | 
| Bulu Tangkis | 
            Di India, permainan ini disebut ‘Poona’ (sempena nama sebuah tempat, iaitu Pune)  semasa abad ke-18. Pegawai Tentera British yang berada di Pune, India ketika itu bertindak membawa balik permainan itu ke England  dan memperkenalkan kepada rakan-rakannya pada tahun 1860-an. Semasa di  India, para pegawai tentera British memainkan permainan itu dengan  menambah jaring di bahagian tengah gelanggang. Permainan ini sebenarnya  telah dimainkan di lorong jalan sekitar London  pada tahun 1854 apabila majalah Punch menerbitkan lukisan kartun yang  menggambarkan permainan tersebut. Tetapi, ia menjadi satu sukan baru  apabila dilancarkan oleh pemerintah Duke Beaufort pada tahun 1873 di Gloucestershire.  Ketika itu, askar-askarnya memanggilnya sebagai ‘Badminton House’,  manakala penduduknya pula memanggil dengan nama ‘The Badminton Game’.  Kemudian, nama tersebut bertukar kepada ‘Badminton’ yang juga merupakan  nama rasminya.
             Pada tahun 1877, Kelab Badminton Bath iaitu kelab badminton yang  pertama di dunia ditubuhkan, telah menulis peraturan pertama permainan  badminton. Bagaimanapun, Persatuan Badminton England yang telah  ditubuhkan pada tahun 1893 telah mengambil alih autoriti Kelab Badminton  Bath untuk membuat peraturan yang agak sama seperti sekarang. Ia juga  telah merasmikan permainan badminton di sebuah rumah yang dikenali  dengan nama ‘Dunbar’ yang terletak di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga telah memulakan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England yang merupakan kejohanan badminton pertama di dunia pada tahun 1899.
             Permainan badminton dengan cepatnya tersebar dari England Ke Amerika  Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand, serta negara-negara Eropah  yang lain. Walaupun lelaki merupakan pemain pertama yang memainkannya,  namun ia juga telah menarik minat wanita. Justeru, setahun selepas  Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England  diadakan, perintis kejohanan badminton bagi wanita mula diatur. Tetapi  ia dianggap sebabai tidak rasmi dan hanya pada tahun 1904 pertandingan  Seluruh England  itu telah bercirikan pertandingan rasmi. Perkembangan populariti  badminton di Kepulauan British terbukti dengan penubuhan 300 kelab  badminton di England pada tahun 1920, kira-kira 500 buah kelab pada  tahun 1930, dan lebih 9,000 buah kelab badminton selepas Perang Dunia  Kedua.
Persatuan  Badminton Antarabangsa  pula telah ditubuhkan pada tahun 1934 dengan  keahlian bebrapa buah negara seperti Kanada, Denmark, England, Perancis,  Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales. Negara India  pula menyertai persatuan tersebut pada tahun 1936. Keahliannya semakin  meningkat tahun demi tahun dan menjadi satu-satunya badan antarabangsa  sukan badminton pada tahun 1981.
Pada  bulan Mac 1939, IBF mula mengadakan pertandingan di peringkat  antarabangsa. Presidennya, Sir George A. Thomas, Baronet, telah  menawarkan trofi bagi kumpulan yang akan memenangi pertandingan  tersebut. Keadaan semasa perang dan selepas perang telah menyebabkan  Piala Thomas yang pertama tertangguh akibat daripada kekurangan bulu  tangkis sehinggalah kejohanan musim 1948/1949.
             Idea pertandingan badminton wanita yang seiring dengan Piala Thomas  telah bermula pada tahun 1950. Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana  masalah kewangan. Perkara tersebut terus dibincangkan dan akhirnya  keputusan dicapai untuk mengadakan kejohanan badminton tiga tahun  sekali. Mrs. H. S Uber di England telah mendermakan trofi bagi kejohanan  tersebut yang dikenali sebagai Piala Uber (kejohanan wanita). Kejohanan  Piala Uber yang pertama telah diadakan pada musim 1956/1957. Sejak itu,  bilangan kejohanan badminton telah meningkat daripada dua kepada tujuh  kejohanan, dengan tambahan Kejohanan Dunia, Piala Sudirman (piala  campuran), Kejohanan Remaja Dunia, Pertandingan Akhir Grand Prix Dunia  dan juga Piala Dunia. Pada tahun 1992, badminton mula disenaraikan di  dalam Sukan Olimpik di Barcelona, Sepanyol.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
·         Gelanggang indoor atau outdoor.
·         Ukuran  gelanggang badminton ialah 17 kaki (5.18 m) lebar untuk permainan yang  melibatkan dua pemain. Manakala, 44 kaki (13.41 m) panjang dan 20 kaki  (6.10 m) lebar bagi permainan yang melibatkan empat pemain.
·         Jaring  diletakkan tetap di tengah gelanggang, dengan ketinggian 5 kaki (1.52  m) dari tanah di bahagian tengahnya. Manakala, ketinggian hujung jaring  berukuran 5 kaki 1 inci (1.55 m) semasa ia diikat pada tiang.
Pemain
·         Perseorangan lelaki
·         Perseorangan wanita
·         Bergu lelaki
·         Bergu wanita
·         Bergu campuran
Peralatan
·         Jaring
·         Raket (ringan)
·         Bulu tangkis
Kasut Badminton
Kasut Badminton
Pengadil
·         Pengadil rasmi
·         Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan gelanggang)
·         Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri gelanggang)
Cara Permainan
·         Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain dalam satu masa.
·         Pemain  akan memukul bulu tangkis ke belakang dan depan melepasi jaring dengan  raket. Hanya pemain yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya  pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis tersebut.
·         Jika  pemain yang melakukan servis gagal untuk mengembalikan bulu tangkis,  pemain tersebut akan kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima  bulu tangkis dari pemain lawan yang memegang servis, pemain tersebut  akan kehilangan mata dan mesti menerima bulu tangkis sehingga memperoleh  servis dan pungutan mata.
·         Permainan  dimainkan sehingga ada di antara pemain mendapai mata ke-15. Manakala  bagi pemain wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11 sahaja. 
·         Jika  pungutan mata di antara pemain yang berlawan adalah sama di akhir  permainan, maka permainan tersebut akan ditentukan menerusi prosedur tie breaking yang dikenali sebagai setting  yang merangkumi pelbagai peraturan yang berbeza di antara pertandingan  yang melibatkan pemain lelaki dan wanita, serta ia bergantung kepada  kedudukan pungutan mata yang seri.
Kemahiran Asas Badminton
- Terdapat dua cara memegang raket:
- Pegangan hadapan
- Pegangan kilas
- Pukulan Servis
- Servis Rendah
o   Servis Flik
§  Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri. 
§  Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan. 
§  Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan. 
§  Ayun raket tinggi ke belakang. 
§  Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka. 
§  Lepaskan bulu tangkis. 
§  Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan. 
§  Pandang bulu tangkis. 
§  Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas. 
§  Ikut lajak. 
o   Pandang bulu tangkis. 
o   Ayun raket ke belakang. 
o   Sebelah tangan lagi diluruskan. 
o   Ayun raket dengan tangan lurus. 
o   Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tertinggi. 
·         Pukulan Lob
o   Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. 
·         Pukulan Kilas
o   Pandang bulu tangkis. 
o   Kaki kanan menyilang ke kiri. 
o   Kilas raket separas bahu. 
o   Pukul bulu tangkis. 
o   Pukulan  smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia  digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah  ke ruang kosong gelanggang lawan. Caranya:
o   Pandang bulu tangkis. 
o   Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan. 
o   Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok. 
o   Sebelah tangan lagi lurus ke atas. 
o   Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus. 
o   Pukul bulu tangkis pantas. 
 







 
Slots by DMB - Casino, Dine Online | DRMCD
ReplyDeletePlay 여수 출장마사지 the Slots by DMB. Our favorite Slots 하남 출장샵 games 의왕 출장마사지 and games instantly available online. 속초 출장마사지 New players 제천 출장마사지 only. Start winning now!